 |
Google Image |
Alhamdulillah....Pada hari ini allah s.w.t mengizinkan saya berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan saya selama ini.Blog ini agak lama wujud,tapi belum sempat saya kongsikan segala pengalaman yang saya ingin kongsikan dulu.
Seperti yang semua orang hadapi,hidup di zaman yang pesat ini amatlah sukar dengan keadaan ekonomi yang tida stabil,saya yakin kebanyakan dari kita sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi dan keluar dari kepompong kesempitan hidup.Untuk berjaya sememangnya kita perlu keluar dari zon selesa dimana kita berada sekarang.Saya juga tidak terkecuali dari keadaan ini,kerana saya sedar,saya orang yang tak berduit dan mempunyai tanggungjawab yang banyak.Saya mula mencari idea-idea perniagaan yang mempunyai peluang yang besar untuk berjaya.
Sejak dari zaman sekolah,sudah banyak kerja yang saya lakukan,juga perniagaan yang saya cuba ceburi.Mungkin saya masih mentah dan perlu banyak belajar.Kegagalan adalah resepi utama kejayaan,seperti yang Arnold schwarzenegger pernah berkata "Don't affraid to be failure" inilah antara resepi kejayaan beliau.Kerana gagal yang akan memberi kita pengajaran dan juga membuatkan kita lebih gigih berusaha.
 |
Google Image |
Sejujurnya saya akui memang banyak artikel yang membincangkan mengenai hal ini.Tetapi disini saya akan cuba kupaskan perniagaan yang benar-benar mempunyai peluang dan bukan semata-mata teori.Semua yang akan saya kongsikan dari pengalaman sendiri dan berdasarkan pengalaman rakan-rakan juga pemerhatian sejak zaman persekolahan.Disini saya kongsikan jenis perniagaan yang boleh berjaya,jika aa kekurangan sama-samalah kita perbaiki,saya disini juga untuk belajar.
1.BAGAIMANA CARA UNTUK BERMULA
Pasaran barangan terpakai ini tertumpu untuk golongan pertengahan,budak-budak bujang dan juga warga asing.Kadang-kadang barangan yang dibuang cuma mengalami kerosakan yang kecil seperti wayar yang putus,fius terbakar dan kapasitor meletup untuk kipas.Pada golongan berada,mereka merasakan menggantikan peralatan yang baru lebih baik dari cuba membaiki kerosakan.
Pada sesiapa yang pandai membaiki peralatan elektrik dan juga peralatan kelengkapan rumah.Ini adalah perkara yang menguntungkan bagi sesiapa yang ada kemahiran.Peralatan yang tak dapat lagi dibaiki,barangan yang masih elok dapat disimpan sebagai alat gantian.Kerana barang gantian untuk tiap peralatan kebanyakan sama,cuma jenama lain-lain.Untuk mendapatkan barangan seperti ini secara tetap kita perlulah selalu mengintai di kedai-kedai barangan lusuh.
2.Dimana dan bagaimana untuk mendapatkan barang-barang terpakai
Semestinya persoalan ini akan muncul dalam fikiran kita dimana kita ingin dapatkan barangan terpakai seperti ini.Seperti yang kadang saya lakukan,saya akan ke tempat barangan lusuh.Disana banyak peralatan yang masih baik keadaan fizikalnya dan memerlukan sedikit usaha kita untuk perbaiki barangan itu.Banyak barangan seperti peti sejuk,kipas,televisyen,monitor lcd,mesin basuh,peralatan pertukangan dan banyak lagi.
Pada pandangan umum seorang yang mengambil barang-barang buangan akan dipandang rendah oleh orang sekeliling.Untuk berjaya kita tak perlu malu dan abaikan apayang orang lain fikirkan,kerana xda siapa yang akan membantu kalau kita susah.Berjuang dan berusahalah demi keluarga dan kejayaan kita.
Bercakap mengenai ini,saya mempunyai satu cerita yang mingkin dapat membuka mata kita.Saya pernah mengenali seorang lelaki pertengahan umur.Dia hanya bekerja sebagai operator kilang.Setiap hari saya akan nampak dia di kawasan tong sampah taman-taman perumahan mewah.Setiap kali juga saya akan naampak dia membawa pulang barangan seperti kipas,tv,perabot yang rosak.Akhirnya saya mengetahui bahawa dia akan membaiki semua barangan ini dan dijual semula.
Ini kerana saya pernah terserempak dia menjual semua barangan itu di pasar malam\ sebagai barangan terpakai.Mungkin kalau kita sebagai generasi yang celik teknologi,kita mampu menggunakan kemudahan internet untuk memasarkan semua ini.
.
3.Dimana ingin kita jual
Seperti yang kita tahu,banyak medium yang dapat kita promosikan barang2 kita.Kita cuma perlu promosikan di laman sosial,rakan2 dan melalui blog dan sebagainya.Apabila ornag mula kenal kita...tak perlu lagi kita bimbang,pelanggan akan mula mencari kita.Mungkin kita tertanya-tanya siapa yang akan beli barangan seperti ini.
Jujur saya katakan banyak golongan yang akan membeli barangan terpakai contohnya
1.Orang-orang bujang
2.Pasangan yang baru berkahwin
3.Golongan sederhana
4.Pekerja asing
Masih ada orang yang akan beli semua ini.Tetapi kita juga perlu ingat,jangan jual barang yang terlalu teruk keadaanya,pilihlah yang masih baik keadaannya.Juga pastikan kita perbaiki dengan sempurna...
Sekian saja dari saya,jumpa lagi pada catatan yang akan datang...............